Luqman Hakim

Lima kelab Liga Jepun intai Luqman Hakim

Image result for Luqman Hakim Shamsudin

KUALA LUMPUR 20 Mac – Bukan satu, tetapi lima kelab Liga Jepun (Liga J) kini mengintai penyerang remaja berbakat besar negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Apa yang lebih menarik, salah satu daripada pasukan yang berminat mendapatkan penyerang berusia 17 tahun itu beraksi dalam Liga 1 Jepun manakala selebihnya daripada Liga Profesional 2 (Liga J 2).



Jika Luqman diterima bermain dalam Liga J, itu bermakna dia akan menjadi pemain kedua negara selepas Hadi Fayyadh Abdul.Razak beraksi dalam liga tersebut.

Ini kerana ketika Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim Che Hashim bersama Ryukyu FC pada 2013, kelab tersebut beraksi dalam liga Liga Bola Sepak Jepun (JFL), sebuah liga semi profesional dan bukan Liga J. Ryukyu FC mula menyertai Liga J pada 2014.

Perkara tersebut didedahkan Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada selepas berakhirnya Piala Sanix 2019 menyaksikan skuad negara menamatkan cabaran di tangga ke 12 daripada 16 pasukan.

Luqman juga berjaya mencipta sejarah apabila dipilih dalam Kesebelasan Utama Terbaik Piala Sanix 2019.

“Saya rasa ini adalah berita baik untuk Luqman Hakim.

“Saya difahamkan ada lima buah pasukan Liga J yang bertanyakan tentang dia, satu dari Liga J 1 dan empat dalam Liga J 2.

“Mereka tertarik dan mahu melihat sendiri prestasi individu dari Luqman.

center>

“Saya akan kumpul data dan video Luqman secara individu untuk diberi kepada mereka. Apa pun semua terpulang kepada Luqman jika dia ingin bermain di sini,” katanya.

Menurut Hamada, pihaknya bersedia membantu Luqman jika dia ingin mencuba nasib di Jepun seperti mana Hadi Fayyadh Abdul Razak yang dibantu oleh syarikat itu sebelum mendapat tempat di Fagiano Okayama.

“Sekiranya Luqman ingin mencuba nasib di Jepun dengan bermain dalam Liga J, Yakult Malaysia sedia membantu urusan di sini sebagaimana yang pernah kami lakukan dengan Hadi Fayyadh.

“Kami bukan ejen, kami hanya membantu mana-mana pemain Malaysia yang berminat dan layak mendapat tempat di sini”, katanya lagi.

Sementara itu, Luqman mengakui, dia bersedia bermain di Jepun jika mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan. – UTUSAN



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!