FIFA World Cup

Stadium Al Warrah serba canggih

Image result for Stadium Al Janoub

DOHA 17 Mei- Qatar berjaya menyiapkan dan menguji sebuah stadium bola sepak paling canggih, berkapasiti 40,000 yang akan digunakan bagi Piala Dunia 2022.



Stadium bernilai 575 juta dolar (RM2.3 bilion) itu direka arkitek wanita tersohor kelahiran Iraq, Zaha Hadid yang dibina di pinggir laut di selatan bandaraya Doha, digunakan bagi final Piala Emir antara Al-Sadd dan Al-Duhail, awal pagi tadi.

“Saya sudah memasuki banyak stadium berbeza seluruh dunia termasuk di Britain. Akhirnya saya dapat melangkah ke stadium bertaraf dunia.

“Stadium ini berbeza, reka bentuknya mendahului zaman. Al-Wakrah sebuah bandar raya pesisir pantai, ia mengambil ilham daripadanya,” kata Yousef al-Jaber, 35, yang juga pengarah penyelidikan syarikat minyak dari Doha.




Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dalam Twitter menjelang aksi final itu bercadang menamakannya sebagai ‘Stadium Al Janoub’ yang bermaksud ‘Stadium Selatan’.

Rekaannya mirip bot tradisional nelayan Qatar yang dikenali ‘dhow’ dengan bumbungnya menggunakan 1,400 bahan khas berkilauan seperti mutiara dibawa dari Itali.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Belanda, Ruud Gullit yang hadir sebagai tetamu memujinya dan menganggap stadium itu memiliki binaan yang cantik.

“Anda pergi ke atas padangnya dan anda pasti teringin bermain bola sepak di sini, rekaan amat menakjubkan dan sudah tentu ia dilengkapi dengan pendingin hawa,” kata bekas kapten yang membantu Belanda muncul juara Euro 1988. – AFP



 

0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!