Kedah

Kedah julang Unity Shield edisi pertama

Image may contain: 19 people, people smiling, outdoor

ALOR SETAR: Impian Kedah merebut kejuaraan sulung Unity Shield 2019 menjadi kenyataan apabila menewaskan Perak 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Perlawanan yang melambangkan kesepakatan dua pasukan dari utara melalui hubungan baik antara kedua-dua pengurusan turut menerapkan nilai murni dengan 50 peratus daripada hasil jualan tiket diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di Kedah.



Pada perlawanan yang dihadiri lebih 25,000 penonton itu, pertahanan Kedah terlebih dulu diasak Perak menerusi cubaan pemain import Leandro Dos Santos seawal minit ke-7 sebelum penjaga gol tuan rumah, Ifwat Akmal Chek Kassim diuji pada minit ke-14.

Kedah yang tersentak dengan cubaan itu kembali bangkit dan hampir meledak gol menerusi penyerang importnya, Jonatan Bauman pada minit ke-16 dan ke-33 tetapi gagal disudahkan.

Gol dinantikan Kedah akhirnya muncul pada minit ke-67 menerusi Fernando Rodriquez yang berpunca daripada sepakan percuma selepas Jonatan Bauman dijatuhkan.

Pemain gantian Syahrul Azwari Ibrahim yang masuk pada minit ke-73 tidak menunggu lama apabila menghadiahkan gol kedua, dua minit selepas dia dimasukkan melalui tandukan cantik menewaskan Hafizul Hakim yang berpunca hantaran Rizal Ghazali.




Image may contain: 2 people, people playing sport, stadium and outdoor
Perak berusaha mencari gol menerusi percubaan pemain pertahanan Shahrul Saad pada minit ke-81 dan Gilmar Da Silva, sembilan minit kemudian tetapi kedua-duanya tidak menemui sasaran.

Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perak.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!