EPL

De Gea penjaga gol terhebat United- Solskjaer

LONDON 14 Jan.- Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji kecemerlangan David de Gea dan menegaskan pemain itu layak dilabel sebagai penjaga gol terhebat Red Devils ketika membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Tottenham, awal pagi tadi.

Aksi di Stadium Wembley itu membabitkan pertembungan dua ‘calon’ pengendali pilihan untuk menggantikan tempat Jose Mourinho yang berakhir dengan pengendali sementara itu muncul selaku pemenang ke atas Mauricio Pochettino.



Marcus Rashford meledak jaringan tunggal pada minit ke-44, dan Paul Pogba juga menampilkan aksi cemerlang namun kehebatan De Gea dari Sepanyol lebih banyak diperkatakan.

Dia melakukan 11 aksi menyelamat paling banyak yang pernah dilakukannya dalam perlawanan getir tanpa bolos sekaligus membuatkan pemain Spurs seolah-olah hilang punca kerana gagal menembusi gawang.





“Kami memiliki penjaga gol terbaik dan saya berpendapat, dia layak mencabar status Edwin (van der Sar) dan Peter (Schmeichel) sebagai penjaga gol nombor satu dalam sejarah.

“Kemenangan ini cukup manis, semangat berpasukan memang hebat, keyakinan dan aura di bilik persalinan memang menakjubkan,” kata pengendali dari Norway ini.

Solskjaer kini menyamai rekod pencapaian Matt Busby yang memenangi lima perlawanan pertama apabila mengambil alih tugas mengendali United. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!