Johor Darul Ta'zim

Kemunculan Figo meriahkan pelancaran jersi JDT

Image result for luis figo jdt

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Ribuan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan teruja ketika menyaksikan pelancaran jersi baharu skuad Harimau Selatan itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2019.

JDT yang merupakan juara Liga Super lima kali berturut-turut terus kekal mendapat kepercayaan daripada Nike Malaysia apabila syarikat gergasi sukan antarabangsa itu menaja skuad Harimau Selatan dengan jumlah RM1.3 juta.

Jersi yang menggunakan teknologi itu direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu menjadikannya lebih ringan.



Selain Harimau Selatan, JDT II, skuad Piala Presiden, Piala Belia dan pemain Akademi JDT turut menggunakan jersi tersebut dan harga jersi keluaran pemain adalah RM549 manakala replika untuk penyokong bernilai RM185.

Majlis pelancaran jersi JDT itu diadakan di 10 daerah Johor iaitu Johor Bahru di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Tangkak (Dataran Ledang), Kluang (Dataran Tasik), Kulai

(Southern Tiger Hub, Jalan Cengal), Pontian (Dataran Majlis Daerah Pontian), Mersing (Dataran Teko, Pantai Mersing), Segamat (Perkarangan U-Sentral), Batu Pahat (Arena Warna, Ayer Hitam), Muar (Dataran Tanjung Emas), Kota Tinggi (SRCC Tenggara).




Image result for luis figo jdtMajlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas legenda Portugal, Luis Figo yang tampil dalam klip video khas bersama pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim turut hadir pada majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru manakala pemiliknya iaitu Tunku Ismail tiada dan difahamkan beliau berada di luar negara.

Selain menyaksikan pelancaran jersi tersebut, peminat setia JDT tidak melepaskan peluang mereka untuk mendapatkan jersi baharu pasukan kesayangan mereka. – UTUSAN



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!