Monaco

Fabregas tekad bantu Monaco

Image result for Cesc Fabregas monaco

LONDON 12 Jan. – Bintang tengah Sepanyol, Cesc Fabregas tidak sabar membantu Monaco yang kini bergelut dalam Ligue 1 sejurus selepas mengesahkan ­perpindahannya ke kelab Perancis itu, hari ini.

Pemain berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan bernilai 10 juta pound (RM52.62 juta) ke Perancis dan akan bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Thierry Henry yang kini menjadi jurulatih Monaco.



Fabregas beraksi buat Arsenal dari 2003 hingga 2011 sebelum menyertai Barcelona (2011-2014) dan kembali ke London de­ngan menyertai Chelsea pada 2014.

Bersama Sepanyol, dia pernah merangkul Piala Dunia 2010 dan Kejuaraan Eropah 2008 serta 2012.

“Ia satu penghormatan dapat menyertai Monaco. Ini adalah projek baharu saya.

“Kelab ini memiliki ramai pemain berkualiti dengan tonggak serta jurulatih yang masih muda.

“Saya tidak sabar hendak ber­aksi menentang Marseille Ahad ini,” katanya.




Monaco dalam satu kenya­taan berkata, mereka gembira dapat melengkapkan perpindahan secara tetap dengan Fabregas, dan yakin kehadiran pemain berpengalaman itu mampu menguatkan pasukan.

Fabregas memenangi dua gelaran liga bersama Chelsea dan satu kejuaraan La Liga ketika menyarung jersi Barcelona.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas khidmat cemerlang Cesc dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan kariernya yang cukup cemerlang,” kata Chelsea.

Fabregas yang meledak 22 gol sepanjang 198 penampilan bersama Chelsea mempunyai tugas berat di Monaco, iaitu memulih­kan semula pasukan tersebut yang kini bergelut dalam Ligue 1.

Selepas 18 perlawanan, Monaco menghuni tangga kedua tercorot liga Perancis itu dengan tewas 11 perlawanan dan hanya menang tiga kali. – AGENSI




0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!