Malaysia B23

Empat pemain B-22 digugur

NILAI: Empat pemain skuad Bawah 22 tahun (B-22) terpaksa digugurkan sekaligus terlepas ‘tiket’ ke aksi persahabatan yang berlangsung di Bangkok, minggu hadapan.




Perkembangan itu diumumkan pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee selepas selesai aksi persahabatan membabitkan skuad B-22 bertemu MIFA di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Jelas Kim Swee, pengguguran empat pemain itu menyaksikan dia terpaksa memanggil seorang lagi pemain untuk melengkapkan senarai 23 pemain yang akan mengharungi aksi persahabatan di negara Gajah Perang itu.

“Tiga pemain digugurkan kerana kecederaan iaitu Izzan Syahmi Mustapa dan Arisdius Jais serta Ariff Ar Rasyid Ariffin yang masih belum pulih daripada demam.

“Seorang lagi pemain yang ketika ini sudah berada di Bangkok iaitu Faisal Halim dilaporkan turut mengalami kecederaan.

“Jadi, saya akan memanggil seorang lagi pemain sama ada dari Kelantan ataupun Kedah,” kata Kim Swee.



Pada aksi terbabit, anak buah Kim Swee tewas 1-0 di tangan pendatang baharu Liga Super itu menerusi sepakan penalti Pedro Henrique pada minit ke-12.

Pemain negara jelas bergelut pada aksi pertama selepas mula berlatih Rabu lalu apabila gagal menembusi benteng pertahanan MIFA pada babak pertama.

Aksi lebih kemas diperagakan pada babak kedua dengan beberapa percubaan dapat dicipta namun mereka terpaksa akur dengan keputusan 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, mereka akan bertemu Army United (14 Januari), Bangkok Glass (16 Januari) dan aksi terakhir menentang Ayutthaya United pada 18 Januari.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!