Liga Malaysia

Tidak akan keluarkan sijil perpindahan, KFA tetap bawa kes Akhyar ke CAS

Image result for Mohd Asmirul Anuar Aris

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk membawa kes perpindahan kontroversi Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris menegaskan pihaknya tetap akan meneruskan hasrat mereka walaupun perjumpaan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) semalam menyelitkan sedikit perbincangan mengenai kes kontroversi itu.



Ia merujuk kepada tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan KFA seakan mengalah dalam isu berkenaan selepas Naib Presiden KFA, Mohd Yusuri Yusof mendapat penerangan terperinci daripada MFL yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam.

Difahamkan, Kevin turut menyarankan KFA membawa kes berkenaan ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur daripada mengheret isu berkenaan ke CAS di Switzerland.

“Kami sudah menyerahkan kepada peguam yang uruskan kes itu dan kami tidak akan u-turn (pusingan U). Kami akan teruskan kerana itu hak kami sebagai pasukan,” kata Mohd Asmirul kepada Sukan NSTP, hari ini.

“Walau apa pun yang disebutkan oleh pihak MFL, kami ucap terima kasih dan kami akan meneruskan apa yang kami (suarakan). Kami tidak akan u-turn kerana banyak pihak yang mempersoalkan perkara itu ketika ini.




“Ada beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum kes ini dibawa ke sana (CAS), mungkin ia akan ambil sedikit masa. Tapi, Saya fikir kami akan berusaha untuk selesaikan secepat yang mungkin.

“Apabila kes ini sudah difailkan, kami tidak mahu komen lagi perkara ini di media, namun berkaitan hal lain membabitkan liga dengan MFL dan FAM, kami akan bertindak secara profesional seperti biasa.”

Berdasarkan pengesahan daripada MFL, JDT juga sudah menyenaraikan nama Akhyar dalam senarai wajib 20 pemain pada pendaftaran awal Liga Malaysia (Liga M) yang berakhir, semalam.

Pada 3 Januari lalu, KFA melancarkan Tabung CAS KFA dengan Mohd Asmirul mengesahkan pihaknya sudah menerima lebih RM15,000 sumbangan daripada tabung itu setakat jam 6 petang tadi.

Selain itu, Mohd Asmirul juga bertegas bahawa KFA tidak akan mengeluarkan Sijil Perpindahan Negeri (SPN) atau kini dikenali sebagai surat pelepasan bagi membolehkan Akhyar beraksi bersama JDT.

“Jika kami keluarkan sijil perpindahan bermakna kami setuju (dengan perpindahan itu). Memanglah kalau KFA tak keluarkan pun FAM akan keluarkan juga, jadi biarlah mereka yang keluarkan,” katanya.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!