Liga Malaysia

Syazwan Andik Sertai JDT – B.Sathianathan

Image result for Syazwan Andik jdt

Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Sathianathan menegaskan pemain pertahanan yang sedang meningkat naik, Syazwan Andik tidak akan menyertai skuad Gergasi Merah bagi saingan Liga Malaysia musim 2019.

Menurut Sathia, beliau menafikan Syazwan akan menyertai Selangor kerana beliau sudah mempunyai pemain yang cukup bagi menghadapi saingan musim 2019. Pemain yang mesra disapa Pelo itu tidak lagi terikat dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).



Khabar angin bertiup kencang mengenai perpindahan Syazwan ke Selangor dimana pemain itu dilihat minum bersama dengan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Rauf Ahmad dan penolong penolong pengurus pasukan itu, Nazzab Hidzan.

“Setakat ini, saya tidak memperoleh sebarang maklumat mengenai perkara itu. Jika dia benar-benar mahu menyertai kami, dia perlu melakukannya secepat mungkin. Namun, setakat yang saya sedari, dia akan menyertai Johor,” kata Sathia menurut laporan Stadium Astro.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sathia ini bermakna Syazwan Andik semakin hampir untuk menyertai juara bertahan Liga Super itu. Sebelum ini, JDT turut menunjukkan minat terhadap bekas pemain mereka bagi memantapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Setelah menjadi rebutan banyak pasukan Liga Malaysia, KLFA sendiri telah menetapkan tanda harga sebesar RM1.6 Juta bagi mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Syazwan.




Pada masa yang sama, Sathia turut memberikan nasihat kepada Syazwan dimana pemain muda itu tidak boleh meletakkan gaji di atas segala-segalanya.

“Jika saya meletakkan diri di tempatnya sekalipun, gaji bukanlah segala-galanya. Namun, apa yang penting adalah kemudahan yang disediakan seperti kemudahan latihan, transportasi dan perubatan. Jika perkara itu dapat dipenuhi, barulah anda boleh menolak permintaannya untuk berhijrah,” tambahnya.

Pasukan Selangor ketika ini mempunyai tiga pemain yang boleh beraksi di posisi pertahanan kiri pasukan. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Syukri Azman, K.Kannan dan K.Prabakaran.

Manakala pasukan Johor Darul Ta’zim pula mempunyai Fazly Mazlan dan La’Vere Corbin-Ong yang mampu mengisi posisi left back.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!