Liga Malaysia

Luahan Shafiq Shaharudin kepada Kafa

Image result for Shafiq Shaharudin

Penyerang PKNS FC, Shafiq Shaharudin memuatnaik satu posting meluahkan kekecewaan dalam ‘instastory’ peribadinya.

Biarpun tidak menyatakan mengenai apa dan kepada siapa ianya ditujukan, ianya dipercayai ditujukan kepada bekas majikannya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang belum menyelesaikan tunggakan gajinya.



“Sampai bila lagi saya nak kena tunggu, sampai habis semua barang saya nak kena gadai ke? Saya dah lama berdiam dan ikut syarat dalam kontrak, tapi saya harap kamu pun ikutlah syarat dalam kontrak,” tulisnya disusuli dengan hashtag #maafsayadahtakbolehsabar.

Pemain-pemain yang terikat dengan KAFA sememangnya diketahui dilarang membuat kenyataan terbuka mengenai isu dalaman terutamanya membabitkan tunggakan gaji kerana ia dikatakan melanggar perjanjian dalam kontrak iaitu menjaga nama baik majikan/persatuan.

Mungkin atas sebab itu Shafiq Shaharudin atau mesra disapa ‘Macha’ telah berdiam diri selama ini namun ternyata ia sebenarnya tidak membantu menyelesaikan masalah, sama seperti apa yang terjadi kepada beberapa bekas pemain sebelum ini antaranya Badhri Radzi dan Amiridzwan Taj Tajuddin.

Sebagai rekod, Shafiq Shaharudin menyertai Kelantan dari Johor Darul Takzim II pada 2018 dan menyerlahkan potensinya sebagai penyerang yang perlu diberi perhatian apabila menjaringkan lapan gol dalam semua pertandingan dan dinobatkan sebagai penjaring tempatan terbanyak Liga Malaysia 2018.




Kekecewaan terhadap pembayaran gaji yang sering ‘sangkut’ dipercayai faktor utama dia membuat keputusan angkat kaki meninggalkan sang kijang dan menyertai PKNS FC bagi musim baru Liga Malaysia.

Shafiq Shaharudin dan Jafri Firdaus Chew merupakan dua penyerang tempatan dalam skuad semut merah kendalian Datuk K.Rajagobal.

Kelantan pula, sedang mempersiapkan pasukan untuk saingan Liga Premier dan mereka dijangka akan tetap menyenaraikan empat import meskipun sebelum ini ada laporan menyatakan pasukan itu perlu menyelesaikan tunggakan gaji kepada Dramane Traore dan Alfredo Gonzalez jika mahu menggunakan pemain import.

Apa yang pasti, selagi mana ada kelonggaran diberikan MFL kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia berhubung pematuhan terhadap kriteria kewangan yang ditetapkan, selagi itu isu-isu membabitkan tunggakan gaji tidak akan menemui titik penyelesaian.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!