Piala Asia

Jepun hampir dikejutkan Turkmenistan

ABU DHABI: Kapten Jepun, Maya Yoshida mengakui bekas juara itu gagal membuat kajian mendalam terhadap Turkmenistan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang perlawanan pembukaan Piala Asia 3-2 malam ini.



Dua jaringan pantas Yuya Osako membantu kebangkitan Jepun di Abu Dhabi selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama saingan Kumpulan F itu.

Skuad Samurai Biru yang mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia tahun lalu terpaksa mengerah sepenuh tenaga ketika menentang Turkmenistan.




“Kami melakukan permulaan buruk dan membuatkan ia sukar bagi kami,” kata pertahanan Southampton, Yoshida.

“Mereka benar-benar mengejutkan kami – sejujurnya kami tidak banyak maklumat mengenai mereka.”

Jepun yang tersingkir pada suku akhir Piala Dunia selepas kebangkitan hebat Belgium yang ketinggalan dua gol, kini hanya tewas sekali dalam 29 perlawanan terakhir pada Piala Asia tidak termasuk penentuan penalti.

Namun mereka perlu memperbaiki permainan jika mahu mengatasi pasukan pilihan, Iran yang menang 5-0 mengatasi Yaman dan Korea Selatan yang diperkuatkan dengan kehadiran penyerang Tottenham, Son Heung-min. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!