Liga Malaysia

Malas buat ‘kerja tambahan’ punca penyerang tempatan tidak berkualiti

Related image

KOTA BHARU 7 Jan. – Sikap malas membuat ‘kerja tambahan’ menjadi punca penyerang tempatan tidak berkualiti sekaligus gagal menyerlah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).



Bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Hashim Mustapha berkata, situasi itu memberikan impak negatif kepada pasukan kebangsaan dan perkara tersebut sudah terbukti berlaku dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

Menurutnya, sikap negatif itu perlu segera dikikis dalam diri penyerang tempatan seandainya mereka mahu kerier sebagai pemain bola sepak bertahan lama.

“Situasi ini cukup membimbangkan saya, tambahan pula kebanyakkan pasukan mengambil dua pemain import untuk beraksi di posisi serangan sekaligus memberikan masalah kepada penggempur tempatan untuk bersaing.

“Mahu atau tidak, mereka perlu membuat kerja tambahan jika mahu merebut tempat dalam pasukan negeri mahupun kebangsaan,” katanya.

Related image

Lagenda bola sepak Kelantan itu mendedahkan kerja tambahan selepas tamat sesi latihan menjadi resepi kejayaan buat dirinya sehingga berjaya meraih gelaran penjaring terbanyak pada tahun 1993 dan 1994.

Katanya, sejurus tamat sesi latihan bersama pasukan dia akan membuat latihan sepakan percuma secara bersendirian berulang kali bagi memastikan kemahiran itu dikuasai sepenuhnya.

“Saya juga tetapkan matlamat untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawan. Kalah atau menang, saya mesti meledakan jaringan,” ujarnya.




Untuk rekod Hashim pernah meraih anugerah kasut emas Divisyen 2 pada tahun 1990 selepas berjaya meladakan 15 gol.

Tiga tahun berselang, namanya terus mekar subur apabila muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia dengan 13 gol meninggalkan pencabar terdekat ketika itu Jose Iriarte (Negeri Sembilan).

Tahun 1994 adalah ‘momen’ terhebat buat pemain yang sinonim dengan jersi No.10 itu apabila meledak 30 gol dalam semusim dan rekod itu terus kekal subur tanpa mampu dicabar oleh penyerang import mahupun tempatan.

Musim lalu, bekas penyerang Kelantan Shafiq Sharuddin dinobatkan sebagai penjaring tempatan menerusi enam gol sahaja. -UTUSAN



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!