Liga Malaysia

Bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi dalam radar pasukan Perlis

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengumumkan mereka sedang mempertimbangkan untuk mengisi kuota import pasukan Perlis dengan menandatangani bekas pemain pasukan Kedah, Liridon Krasniqi.

Menurut pengurusan PFA, hasrat tersebut adalah selepas mereka mengambil kira saranan daripada para penyokong pasukan Perlis yang mahu melihat kelibat Liridon Krasniqi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, pada musim hadapan.



Buat masa ini, Liridon Krasniqi tidak terikat dengan mana-mana pasukan, susulan tamatnya kontrak beliau bersama pasukan Kedah pada penghujung musim yang lalu.

Tambah PFA, pada penghujung makluman tersebut, pihak pengurusan meluahkan harapan agar dapat memulakan rundingan bersama Liridon dengan secepat mungkin. Ini kerana, barisan kejurulatihan pasukan Perlis juga sedang dalam proses untuk memilih pemain-pemain luar negara yang akan mengisi kekosongan kuota import pasukan tersebut pada musim hadapan.




Adakah kita akan benar-benar melihat Liridon Krasniqi menggamatkan Stadium Tuanku Syed Putra dengan menyarung jersi berwarna kuning biru pada musim hadapan?



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!