EPL

Lukaku, Rashford selamatkan rekod sempurna Solskjaer

Ander Herrera, Sanchez and Rashford celebrate with the goalscorer Lukaku in the second half of the league encounter

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer memberikan Manchester United empat kemenangan daripada empat perlawanan Liga Perdana awal pagi tadi apabila menewaskan Newcastle seterusnya merapatkan kedudukan dengan pasukan tangga keempat Chelsea yang seri di laman sendiri berdepan Southampton.



United terus meningkat sejak bekas penyerang itu menggantikan Jose Mourinho, menjaringkan 12 gol dalam tiga perlawanan pertamanya selaku pemangku namun dipaksa bekerja keras untuk menang 2-0 berdepan pasukan penuh disiplin Newcastle di St James’s Park.

Kemenangan itu meletakkan mereka di kedudukan keenam liga dengan 38 mata, hanya tiga mata di belakang Arsenal dan enam Chelsea.

Pemain gantian, Romelu Lukaku memecahkan kebuntuan hanya selepas 38 saat dimasukkan pada pertengahan babak kedua.

Dia menyambar bola yang ditepis penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka selepas cubaan menerusi sepakan percuma Marcus Rashford manakala Rashford sendiri memastikan mata penuh dengan jaringan minit ke-80.

Manchester United menguasai bola tetapi gagal menembusi pertahanan Newcastle menyebabkan Solskjaer memasukkan Lukaku dan Alexis Sanchez sejurus selepas sejam permainan.




Pertukaran itu membuahkan hasil segera dengan pengurus sementara itu amat gembira apabila menyaksikan ia adalah kali ketiga musim ini United tidak bolos dalam Liga Perdana.

“Akhirnya kami tidak dibolosi,” kata Solskjaer kepada Sky Sports. “Persembahan yang sangat profesional. Kami tidak mencapai apa yang kami boleh lakukan tetapi kami mengawal, terus menyerang dan mendapat gol.

“Sentuhan pertama yang bagus daripada pemain simpanan. Apabila anda lihat pemain sasa seperti Lukaku berlari ke arah anda, sebagai penjaga gol anda mungkin akan menjauhkan diri. Kami agak longgar pada babak pertama, ia memang terbukti, terlalu banyak hantaran biasa.” – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!