Liga Malaysia

Mehmet mahu Perak TBG berusaha rangkul Piala Sumbangsih

Image result for Mehmet Durakovic

Ketua jurulatih Perak The Bos Gaurus (Perak TBG), Mehmet Durakovic mengakui bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan sebuah pasukan yang hebat dalam arena bola sepak tempatan.



Namun beliau mahu memastikan Perak TBG akan memberikan tentangan yang hebat dalam aksi perebutan Piala Sumbangsih pada 2hb Febuari kelak di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Walaupun tidak menjanjikan sebarang sebarang kejayaan, pengendali dari Australia ini tetap bercita-cita untuk mencabar kejuaraan Liga Super dan juga Piala FA musim 2019.

“Johor pasukan hebat dan kuat serta berada dalam kelas tersendiri. Namun, kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memberi saingan,” katanya kepada Stadium Astro.

Ditanya mengenai perancangan persiapan untuk menghadapi saingan baharu Liga Malaysia 2019, Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) ini menjelaskan skuad ‘Yob Kejor Yob’ akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan selepas daripada cuti tahun baru.

Pada masa yang sama, ia memberikan peluang kepada lima anak buahnya yang baharu sahaja pulang daripada tugasan skuad kebangsaan untuk bercuti. Selain itu, beliau juga ingin memberikan masa kepada pemain baharu, Zac Anderson yang baru sahaja ditandatangani Perak beberapa hari lalu.

“Pasukan kini kembali lengkap dan kami merancang mengadakan perlawanan persahabatan selepas cuti tahun baru ini sebagai persediaan pra-musim apabila semua pemain pulang daripada bercuti,”

“Pemain yang baru selesai bermain untuk skuad kebangsaan perlukan cuti seminggu atau dua dan kami juga baru dapat pemain kelahiran Australia, Zac Anderson.

“Anderson akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan tetapi sebagai seorang profesional, ia sepatutnya bukan masalah,” katanya

Dan menjelang Liga Malaysia 2019 yang akan membuka tirainya kelak, Mehmet Durakovic turut berpuas hati dengan keharmonian dalam pasukan yang merangkumi pemain dan pegawai.

“Saya berharap suasana ini mampu dikekalkan sepanjang musim kerana ia faktor membantu kejayaan Perak setakat ini,” katanya.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!