AFF Cup

Sven-Goran Eriksson pilih Vietnam sebagai juara Piala AFF Suzuki 2018

AFF Suzuki Cup - Sven-Goran Eriksson - Azkals vs TLS

Bekas pengendali England, Sven-Goran Eriksson yang kini membimbing pasukan kebangsaan Filipina memilih Vietnam selaku pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFF Suzuki 2018.



Pada awalnya, beliau yang dilantik sebagai ketua jurulatih The Azkals sejak Oktober lalu merasakan pasukan kendaliannya adalah yang terbaik dalam kempen kali ini.

Namun sangkaan beliau nyata meleset sama sekali apabila Vietnam berjaya mara ke saingan akhir dengan bergaya setelah menewaskan Filipina dengan agregat 4-2.

“Saya berasakan Vietnam adalah pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

“Pada awalnya, saya fikirkan Filipina merupakan pasukan terbaik tetapi tidak.

“Vietnam sudah pasti pasukan pilihan untuk muncul juara,” katanya seperti dilaporkan oleh Stadium Astro.




Kali terakhir Vietnam mara ke saingan akhir Piala AFF adalah pada tahun 2008 dimana mereka berjaya mengalahkan Thailand seterusnya dinobatkan juara pada edisi tersebut.

Pasca 2008, skuad kebangsaan Vietnam gagal mara ke saingan akhir sehinggalah pengendali daripada Korea Selatan, Park Hang-seo berjaya mengemudi skuad Naga Emas dengan begitu bertenaga pada kejohanan kali ini.

Dan pasukan Vietnam sendiri dalam prestasi terbaik ketika ini dengan tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018.

Tambahan pula, mereka telah berjaya menundukkan Malaysia 2-0 ketika saingan peringkat kumpulan A di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada November lalu.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!