Copa del Rey

Copa del Rey: Real belasah Melilla

MADRID: Isco mengetepikan kritikan terhadapnya sebelum ini dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan kelab kerdil Melilla 6-1 untuk mara dengan agregat 10-1 ke saingan 16 pasukan terakhir Copa del Rey, awal pagi tadi.



Juara 19 kali kejohanan itu terlebih dahulu berada sebelah kaki ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Melilla 4-0 dalam aksi pertama bulan lalu.

Pengurus, Santiago Solari membuat 10 pertukaran terhadap skuadnya yang menewaskan Valencia 2-0 dalam aksi La Liga Sabtu lalu dengan merehatkan beberapa tonggak seperti Thibaut Courtois, pemenang anugerah Ballon d’Or – Luka Modric, Gareth Bale, Sergio Ramos dan Karim Benzema.




Bagaimanapun Real tetap mengambil serius perlawanan itu dan membuktikannya dengan dua jaringan pada separuh masa pertama menerusi Marco Asensio dan satu menerusi Javi Sanchez bagi mendahului 3-0 pada separuh masa pertama sebelum dua jaringan lagi menerusi Isco dan Vinicius Junior melengkapkan pesta gol Real di Bernabeu.

Gol sagu hati skuad pelawat dijaringkan Yacine Qasmi. – AFP




0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!