AFF Cup

Belum pukul 9 pagi, tiket perlawanan akhir sudah habis dijual?

Image result for penonton aff 2018 bukit jalil

Sekali lagi tiket bolasepak menjadi seperti pisang goreng panas.



Belum pukul 9, tetapi laman web jualan tiket online sudah tidak boleh diakses oleh ramai peminat yang mahu mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan skuad negara dan Vietnam.

Ramai penyokong yang menjangkakan tiket akan mula dijual pada pukul 9 pagi seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) , termasuklah penulis sendiri, seperti ketika perlawanan separuh akhir yang lalu. Tetapi pada pukul 8.58 pagi, sudah tertera di laman web Tickethotline.com.my bahawa jualan tiket sudah mencapai had yang ditetapkan.





Mencuba sesekali menekan butang ‘refresh’, akhirnya tertera ikon, ‘buy tickets’, tetapi sayangnya laman web tersangkut di laman ‘rules and conditions’.

Ramai peminat yang tidak berpuas hati kerana menjangkakan tiket akan mula dijual pada pukul 9 pagi. Beberapa penyokong yang kebetulan mencuba seawal 8.20 pagi menyatakan bahawa mereka dapat membeli tiket.

FAM semalam mengumumkan bahawa 20,000 keping tiket perlawanan akhir akan mula dijual secara online pada pukul 9 pagi hari Jumaat dan baki 20,000 lagi akan dijual pada hari Sabtu. 40,000 tiket lagi akan dijual secara fizikal di lokasi yang akan diumumukan kelak. – Foxsports



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!