Akram Mahinan

Akram Mahinan sertai PKNS FC

Image result for Akram Mahinan

ALOR SETAR: Teka-teki status pemain tengah skuad Kedah dan Harimau Malaya, Akram Mahinan untuk saingan Liga Malaysia musim depan kini terjawab apabila dia sah menyertai skuad PKNS FC bimbingan Datuk K Rajagobal.

Akram pemain ketiga dari Kedah menyertai skuad Semut Merah itu untuk musim depan selepas pertahanan, Muhammad Ariff Farhan Md Isa yang beraksi di posisi tengah dan penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar diumumkan bersama pasukan bergelar The Red Ants itu.



Perkara itu disahkan apabila pihak PKNS FC membuat pengumuman rasmi beserta gambar Akram dilaman rasmi Facebook milik kelab berkenaan hari ini.

Menurut sumber terdekat Akram, proses perbincangan perpindahan dan disusuli tandatangan perjanjian antara pemain berkenaan dengan skuad Semut Merah sudah dilakukan, cuma pihak PKNS FC tidak mahu mendedahkan perkara ini terlebih dahulu.

“Ini persetujuan bersama antara Akram dan PKNS FC dan kedua dua pihak menghormati persefahaman ini dan tidak menghebahkan perkara ini sehingga menunggu masa lebih sesuai seperti hari ini. Cuma kita tahu Akram kini sedang fokus Piala AFF Suzuki menyebabkan tumpuan lebih kepada skuad negara.”




Pemain berusia 25 tahun yang berasal dari Kulim itu sebelum ini menyatakan hasrat bakal meninggalkan Kedah selepas luahan kenyataannya dimuat naik melalui laman instagram miliknya.

Nama Akram turut menjadi popular selepas dilaporkan oleh satu berita sukan dalam talian baru-baru ini yang meletakkan dia antara lima pemain tengah terbaik di kalangan 10 pasukan yang bertanding dalam peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki musim ini.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!