Liga Malaysia

Yusri Che Lah tinggalkan Kelantan, pilih KL

Related image

KUALA LUMPUR: Yusri Che Lah akhirnya memilih untuk bersama skuad Kuala Lumpur biarpun sebelum ini pernah menyatakan persetujuan untuk kekal dengan Kelantan, bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.



Beliau yang baharu pulang daripada mengerjakan umrah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan menganggap ‘jodohnya’ bersama Kelantan hanya sampai setakat itu saja.

“Sejujurnya, secara lisan saya sudah mengesahkan saya bersedia untuk bersama pasukan Kelantan.

“Dalam pertemuan sebelum ini, (20 November), iaitu sebelum saya mengerjakan umrah, saya sepatutnya sudah menandatangani kontrak, tetapi sehingga saya kembali ke tanah air, kontrak belum lagi disediakan.

“Saya tidak menyalahkan pasukan Kelantan sebenarnya, cuma di sini mungkin jodoh saya tidak bersama mereka. Kalau Allah meletakkan saya bersama Kelantan, saya rasa sebelum pergi umrah lagi saya dapat menandatangani kontrak itu.

“Dengan kemudahan teknologi internet yang ada pada hari ini, semua urusan itu cukup mudah. Hantar saja (tawaran kontrak) melalui emel dan kita boleh tandatangan terus dan ia selesai.

“Bagi saya, semua ini ketentuan Allah, kita hanya merancang,” katanya pada sidang media memperkenalkannya selaku jurulatih baharu skuad Warga Kota, hari ini.




Selepas berjaya kekal di Liga Super musim depan, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) melakukan rombakan dalam barisan kejurulatihan dengan pengendali sementara musim ini, Chong Yee Fatt kembali memikul tanggungjawab selaku penolong jurulatih kepada Yusri.

Ditanya mengenai sasaran yang diletakkan di bahunya, bekas pemain kebangsaan dan Perlis itu percaya skuad Kuala Lumpur mampu menamatkan kedudukan di kelompok lima teratas musim depan.

“Saya rasa dengan pemain yang ada ketika ini iaitu 85 peratus daripadanya dibarisi pemain lama (musim ini), kita boleh mencapai sesuatu.

“Cumanya mereka kena berkerja untuk memastikan matlamat pengurusan dan matlamat saya sebagai jurulatih tercapai,” katanya.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!