AFF Cup

Singkir Thailand di Bangkok memang menakjubkan – Cheng Hoe

JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemainnya terus fokus dalam memburu gelaran Piala AFF, selepas misi menyingkirkan juara bertahan Thailand untuk mara ke pentas akhir berjaya, sebentar tadi.

Malaysia berada di landasan terbaik memburu gelaran pertama sejak 2010, selepas mara ke perlawanan akhir buat kali keempat menerusi peraturan gol di tempat lawan, apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.



Halangan terakhir mereka kini sama ada Vietnam atau Filipina yang bakal berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua, esok (hari ini).

Menurut Cheng Hoe, kejayaan itu adalah hasil kerja keras anak buahnya yang bermain mengikut taktikal.

“Selepas seri 1-1 pada babak pertama, kami perlu kekal tenang dalam permainan, mengekalkan penguasaan bola dan cuba melakukan serangan balas. Kita juga perlu berhati-hati dengan gerakan ‘set piece’ Thailand.

“Pemain mengikut taktikal dengan penuh disiplin pada babak kedua dan ini adalah keputusan yang menakjubkan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.




Image may contain: 2 people, people playing sport and outdoor

Harimau Malaya yang hanya seri 0-0 pada pertemuan pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu terpaksa bangkit dua kali untuk mengikat juara lima kali, Thailand.

Skuad Gajah Perang mendahului pada minit ke-21, hasil jaringan sendiri Irfan Zakaria sebelum Syahmi Safari menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan padu pada minit ke-28.

Tuan rumah kembali di depan apabila bola sepakan percuma pemain gantian, Sumanya Purisay ditanduk masuk Pensa Hemviboon di minit ke-63, sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-71.

Cheng Hoe mengakui tetap tenang walaupun Thailand yang dibimbing Milovan Rajevac mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua yang gagal disempurnakan oleh Adisak Kraisorn.

“Saya masih tenang dan yakin mungkin penjaga gol Farizal Marlias boleh menyelamatkan sepakan penalti itu.

“Kami ada mengkaji video sepakan penalti Adisak dan saya yakin Farizal boleh melakukan sesuatu,” katanya.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 11 dan 15 Disember ini.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!