EPL

Manchester United nyaris diaibkan Arsenal

The England international capitalised on some sloppy defending from the Gunners to draw United level for a second time 

MANCHESTER: Manchester United berjaya mengelak satu lagi kekalahan selepas Anthony Martial dan Jesse Lingard menyamakan kedudukan ketika seri 2-2 melayan kunjungan Arsenal di Old Trafford.

Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah kepada 20 perlawanan dan di depan menerusi Shkodran Mustafi dan Alexandre Lacazette masing-masing pada separuh masa dan kedua sebelum United bangkit.



Bagaimanapun United di bawah bimbingan Jose Mourinho kekal ketinggalan lapan mata di belakang empat pasukan terakhir selepas mengharungi empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan.

Mourinho merehatkan barisan pemain bintang seperti Paul Pogba dan Romelu Lukaku di kerusi pemain simpanan dan selepas United bolos gol pertama yang juga kali ke-11 daripada 21 perlawanan, peminat kelab itu sudah mula berasa bimbang.

Arsenal memecah kebuntuan menerusi Shkodran Mustafi pada minit ke-26 sebelum Martial kembali menyamakan kedudukan minit ke-30.

Lacazette kembali meletakkan Arsenal di depan minit ke-65 selepas melakukan gerakan cantik bersama Henrikh Mkhitaryan




Namun Lingard muncul penyelamat United apabila menyamakan kedudukan seminit kemudian.

“Saya sangat gembira dengan keazaman pemain,” kata Mourinho. “Mungkin kami kecewa dengan keputusan ini akibat beberapa kesilapan tetapi kualiti boleh ditingkatkan lagi. Kami tetap puas hati dengan semangat ditunjukkan pemain.”

Sementara itu pengurus Arsenal, Unai Emery beranggapan pasukannya berhak menang dalam perlawanan itu.

“Saya fikir kami menguasai perlawanan. Babak kedua lebih baik daripada separuh masa pertama. Kami mampu menang tetapi mereka pantas menyamakan kedudukan selepas dua jaringan kami,” katanya.

Ia adalah perlawanan yang disifatkan cukup menarik membabitkan kedua-dua pasukan sejak 1986 terutamanya ketika era Alex Ferguson dan Arsene Wenger. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!