EPL

Chelsea kalah gara-gara terlalu yakin

Kegembiraan dan kepuasan terpancar di wajah pemain-pemain Wolverhampton

WOLVERHAMPTON 6 Dis. – Maurizio Sarri mendakwa sikap terlalu yakin pemainnya telah memakan diri sekaligus dianggap menjadi punca Chelsea tewas mengejut 1-2 kepada Wolverhampton di laman lawan awal pagi tadi.

Walaupun mendahului seawal minit ke-18 menerusi Ruben Loftus-Cheek selain menguasai sebahagian besar permainan di babak pertama, kelekaan pemain Chelsea di babak kedua telah membenarkan pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Raul Jiminez dan Diogo Jota.




Ini merupakan kekalahan kedua Chelsea di bawah bimbingan Sarri musim ini sekaligus memberi tamparan hebat menjelang pertemuan dengan Manchester City awal pagi Ahad ini. Chelsea kini 10 mata di belakang pendahulu liga itu. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!