Gareth Bale

Bale akui lebih berhak menang Puskas

MADRID: Gareth Bale mengakui terkejut gaya sepakan akrobatiknya pada final Liga Juara-Juara 2018 tidak memenangi Anugerah Puskas FIFA untuk gol terbaik sepanjang tahun ini.

Berdasarkan suasana perlawanan itu serta teknik yang dipamerkan oleh bintang Wales itu, ramai menjangkakan dia mudah untuk membawa pulang trofi berkenaan.



Kemudian bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo turut tercalon untuk gaya yang sama ketika bertemu kelabnya ketika ini, Juventus, namun anugerah itu akhirnya dimenangi oleh bintang Liverpool, Mohamed Salah ketika menjaringkan gol bertemu Everton.

Bercakap mengenai perkara itu, penyerang Real Madrid itu mengakui terkejut kerana tidak memenangi anugerah berkenaan.

“Ya, secara jujur saya agak terkejut.

“Apa yang boleh saya katakan? Ia menjadikan anugerah itu hilang seri meskipun ia dijaringkan oleh Salah,” katanya.




Salah menerima anugerah itu pada September lalu untuk gol yang menyaksikannya menggelecek melepasi tiga pertahanan sebelum merembat cantik ke gawang gol.

Pada final Liga Juara-Juara, Bale meledak dua gol ketika kedua-dua pasukan pada satu ketika terikat 1-1 sekali gus menyaksikan Real melakar kemenangan mutlak 3-1.

Gol Benjamin Pavard ketika Piala Dunia bertemu Argentina, usaha solo Lionel Messi ketika bertemu Nigera dan gol cantik Ricardo Quaresma ketika bertemu Iran adalah antara yang tercalon untuk Anugerah Puskas.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!