AFF Cup

Akhyar sedia ganti Sumareh

Image result for akhyar rashid aff

SEPANG 3 Dis. – Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid melaungkan amaran bahawa sudah bersedia untuk membantu pasukan mara ke final jika dia diturunkan dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Rabu ini.



Akhyar antara pemain paling sesuai untuk menggantikan Mohamadou Sumareh selepas status pemain naturalisasi itu tidak dapat dipastikan sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya berkata meskipun mengetahui Gajah Perang merupakan lawan yang sukar namun itu tidak menghalangnya daripada membantu pasukan mencari kemenangan.

“Kalau ikutkan memang saya berasa geram (Malaysia seri 0-0 menentang Thailand).




“Saya berharap kalau saya diturunkan untuk menggantikan Sumareh saya akan buat yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya kepada jurulatih walaupun saya tahu kami akan menerima cabaran sengit daripada Thailand,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Sumareh berkemungkinan tidak dapat diturunkan selepas penyerang Pahang itu cedera di bahagian hamstring ketika menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu. – UTUSAN



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!