Liga Malaysia

Razman, enam pemain lagi tinggalkan Selangor

Image may contain: 7 people

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kapten Selangor, Razman Roslan bersama Norazlan Razali, Azamuddin Mohd. Akil, Joseph Kalang Tie dan tiga lagi rakan sepasukannya tidak berada dalam perancangan skuad Red Giants untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim 2019.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang membuat pengumuman menerusi laman web rasmi mereka apabila mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketujuh-tujuh pemain tersebut.




“Segala jasa yang telah dicurahkan buat pasukan ini akan terus kekal terpahat dan terbuku dalam sejarah Selangor selamanya,” kata FAS di sini hari ini.

Tiga lagi pemain Selangor yang tidak lagi bersama pasukan itu untuk musim depan adalah Abdul Halim Zainal, Shahrul Igwan dan Mohd. Fairuz Abdul Aziz.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!