EPL

Liverpool bakal dijual?

Image result for liverpool fc office

LIVERPOOL 9 Nov. – Pemilik Liverpool, John W Henry dilaporkan sedang mempersiapkan segala urusan untuk menjual gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris itu.



Menurut akhbar New York Post, hartawan Amerika Syarikat (AS) tersebut sudah memberi ‘isyarat senyap’ bahawa dia bersedia melepaskan pegangannya dengan syarat menerima tawaran sehingga AS$2 bilion (RM8.35 juta).

Henry membeli Liverpool menerusi Fenway Sports Group (FSG) pada 2010 dengan nilai AS$477 juta (RM1.99 bilion).

“Ia (Liverpool akan dijual jika dia (Henry) mendapat harga yang tepat,” kata sumber rapat hartawan itu kepada New York Post.

Pada Ogos lalu, Daily Mail melaporkan, sepupu pemilik Manchester City, Sheikh Mansour gagal dalam cubaan membeli Reds pada harga 2 bilion pound (RM10.88 bilion), biarpun pembelian itu mampu memahat sejarah sebagai urus niaga termahal dalam bola sepak.

Sehari selepas laporan itu tersiar, FSG mengeluarkan kenyataan: “FSG dengan jelas dan konsisten tidak akan menjual kelab ini.

“Begitupun seperti yang terkandung dalam syarat pemilikan, kami akan pertimbangkan sebarang tawaran untuk pelabur minoriti jika perkongsian itu dapat meningkatkan kepentingan komersial dalam pasaran tertentu serta selaras dengan pembangunan kelab.”

Begitupun menurut laporan New York Post, Henry mahu mendapatkan tunai hasil jualan Reds.

Hartawan tersebut juga adalah pemilik Boston Red Sox, kelab besbol AS yang memenangi Siri Dunia tahun ini.

Biarpun meraih kemenangan, Red Sox mengalami kerugian tahun ini, namun tiada bukti dapat mengaitkan penjualan Reds dengan usaha menyalur dana kepada kelab besbol tersebut. – AGENSI



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!