Arsenal

Arsenal mara, Welbeck cedera teruk

LONDON: Arsenal mara ke pusingan 32 terakhir Liga Europa selepas mengharungi perlawanan yang menyaksikan mimpi buruk buat penyerang Danny Welbeck apabila mengalami kecederaan buku lali yang serius.

Skuad The Gunners yang seri tanpa jaringan dengan kelab Portugal, Sporting Lisbon di Stadium Emirates mengiringi Chelsea ke peringkat seterusnya.



Sporting menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila bekas pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu dilayangkan kad merah selepas mengasari Pierre-Emerick Aubameyang namun tuan rumah tetap gagal mencari gol kemenangan.

Perlawanan itu bagaimanapun dibayangi kecederaan Welbeck yang menyaksikan pemain kebangsaan England itu terpaksa diusung keluar padang.

Pemain berusia 27 tahun itu cedera pada minit ke-25 ketika dia melompat untuk menanduk bola sebelum mengalami kecederaan kaki kanan ketika mendarat.

Dia diberikan bantuan oksigen dan kakinya dibalut ketika dia diusung keluar, dengan dikelilingi 10 kakitangan perubatan semasa menerima rawatan.

Beberapa rakan sepasukan turut terkesan dengan insiden buruk yang menimpanya itu.

Welbeck sudah meledak lima gol musim ini, bermain untuk England menentang Sepanyol September lalu dan disenaraikan dalam skuad terbaru Gareth Southgate bagi aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat dan Liga Negara Eropah berdepan Croatia. – Agensi



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!