Champions League

Kemenangan City dibantu penalti melucukan

PENJAGA GOL Shakhtar Donetsk, Andrey Pyatov (dua dari kanan) hanya

MANCHESTER 8 Nov. – Manchester City tidak memerlukan sebarang bantuan untuk membenam Shakhtar Donetsk 6-0 yang sekali gus mencerahkan peluang mereka ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, hari ini.



Namun, kelab Liga Perdana Inggeris itu mendapat suntikan semangat hasil bantuan sepakan penalti mengarut yang diberikan pengadil perlawanan, sehingga pengurus Pep Guardiola sendiri membuat gesaan agar Video Bantuan Pengadil (VAR) diperkenalkan dalam pertandingan tersebut.

Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai menghadihkan sepakan penalti sewaktu Raheem Sterling tersadung di atas kesilapan sendiri pada pertengahan babak pertama dengan City pada ketika itu telahpun mendahului 1-0 hasil jaringan pembukaan David Silva.




“Ia bukan penalti. VAR tidak digunakan di UEFA, jadi itulah masalahnya,” kata Guardiola.

Sepakan penalti itu telah disempurnakan oleh Gabriel Jesus pada minit ke-24, sebelum bintang Brazil tersebut menyumbat satu lagi penalti (minit ke-72) dan melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan (minit ke-92).

Sterling serta Riyad Mahrez turut menjaringkan gol pada minit ke-48 dan ke-84. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!