AFF Cup

Harimau Malaya awasi semangat ‘merdeka’ Kemboja

ZAQUAN ADHA ABD. RADZAK memberi kata-kata semangat kepada rakan

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya, semangat menyambut ulang tahun kemerdekaan pada Jumaat menjadi motivasi Kemboja untuk menumbangkan Malaysia dalam aksi sulung Piala AFF 2018 di Stadium Olimpik, Phnom Penh esok.



Justeru, beliau menggesa anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan tuan rumah, meskipun mereka dilihat sebagai pilihan.

Cheng Hoe yang pertama kali mengendali Harimau Malaya dalam kejohanan besar berkata, Malaysia turun dengan strategi baharu berbanding ketika menewaskan Kemboja 3-1 dalam aksi persahabatan, 10 September lalu.

“September lalu kami menang ke atas Kemboja dan esok adalah perlawanan kompetetif. Ya, sudah tentu kami turun dengan barisan berlainan kerana hampir 10 muka baharu dibawa masuk.

“Pertemuan esok tidak mudah sebab sehari selepas perlawanan, Kemboja akan menyambut Hari Merdeka. Jadi mereka ingin menghadiahkan kemenangan kepada negara.

“Apa pun kami datang ke sini untuk menang sebagai permulaan terbaik,” katanya dalam sidang akhbar di Phnom Penh, hari ini.

Sementara itu, jurulatih Kemboja, Felix Agustin Gonzalez Dalmas optimis pasukannya mampu menumpaskan Malaysia dan sudah belajar daripada kesilapan.

“Kekalahan lalu adalah pengalaman terbaik untuk kami. Sejak itu kami telah bekerja keras untuk meningkatkan kualiti selain memperbaiki kesilapan,” katanya.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!