Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Impian jadi kenyataan – Safawi

PETALING JAYA: Bermula dengan angan-angan, impian Safawi Rasid untuk menjadi inspirasi kepada pemain muda akhirnya menjadi kenyataaan.

Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 21 tahun itu dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.



Malah, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu turut menerima dua lagi trofi bermakna dalam kariernya apabila meraih anugerah Pemain Tengah Terbaik serta Pemain Muda Harapan.

“Saya sering berangan untuk menjadi pemain bola sepak negara. Itulah idaman saya sejak kecil ketika mula-mula kenal bola sepak.

“Menjadi cita-cita dan aspirasi saya untuk menyarung jersi keramat ‘Tanah Tumpahnya Darahku’ ini. Tidak pernah terfikir ianya menjadi kenyataan apatah lagi menjadi inspirasi kepada generasi muda.

“Alhamdulillah sahaja yang dapat diungkapkan,” ujarnya yang juga merupakan salah seorang pemain utama dalam skuad kebangsaan.

Menurut Safawi, kejayaan ini akan dijadikan semangat untuk terus berbakti kepada negara menjelang aksi Piala Suzuki AFF bulan ini.




“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menyokong saya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan tidak lupa juga untuk penyokong yang telah menyokong saya selama ni.

“Kejayaan pastinya akan  memberi lebih semangat kepada saya untuk memburu tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan pada Piala AFF nanti.

“Anugerah ini juga adalah motivasi terbaik untuk terus membantu JDT cemerlang dalam saingan Liga Malaysi 2019,” katanya.

Sebagai rekod, musim 2018 menyaksikan Safawi menjaringkan 16 gol untuk JDT serta lapan jaringan ketika bersama skuad negara.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!