Barcelona

Barcelona mara pusingan 16 terakhir

MILAN: Barcelona layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sekalipun Mauro Icardi meraih gol penyamaan lewat membantu Inter Milan seri 1-1 di San Siro, awal pagi tadi.

Icardi meledak menerusi percubaan tepat pertamanya pada minit ke-87 untuk memastikan seri dalam perlawanan yang didominasi Barcelona dari awal, hanya empat minit selepas jaringan menarik pemain gantian Malcom membolehkan pelawat mendahului.



“Kami menentang pasukan terbaik di dunia dan mereka menjaringkan gol kebiasaan Barcelona, tapi kami tidak pernah berputus asa, kami terus berjuang,” kata Icardi kepada Sky Sport Italia.

“Kami tidak putus asa selepas mereka menyumbat gol dan untungnya bola melantun kepada saya… ada sedikit tuah apabila bola itu tiba di kaki saya.”

Pemain Argentina itu menggunakan kesempatan susulan keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti, memusingkan badannya dan merembat kencang dari jarak dekat dan dibantu kecemerlangan penjaga gol Samir Handanovic yang menyelamatkan Inter beberapa kali.




“Kami gagal mengeluarkan bola dalam kotak penalti dan kami dihukum kerananya,” kata pemain tengah Barca, Sergio Busquets.

“Saya fikir kami berhak menang, kami lebih bercita-cita besar dan mendominasi keseluruhan perlawanan.”

Barca, tanpa Lionel Messi yang cedera, kecewa apabila mensia-siakan tiga mata ketika mereka mencipta lebih banyak peluang untuk menang namun gagal melepasi kekebalan pemain kebangsaan Slovenia di pintu gol Inter.

“Saya fikir Barcelona bermain lebih bagus berbanding kami dan kami gagal menyaingi mereka. Mereka mengasak terlalu mudah pada babak pertama dan apabila anda memberi ruang mereka menguasai secara konsisten, anda pasti dihukum,” kata Handanovic. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!