Barcelona

Valverde enggan tanggung risiko turunkan Messi

Image result for Ernesto Valverde messi

MILAN: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengesahkan bintang sensasi kelab itu, Lionel Messi boleh diturunkan pada pertemuan dengan Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Bagaimanapun, Valverde enggan mengambil risiko terhadap penyerang The Catalan itu yang baru pulih selepas mengalami patah tangan sebelum ini.



“Dia boleh beraksi tetapi kami perlu tunggu hingga selesai latihan dan lihat bagaimana dia rasakan. Dia menunjukkan perkembangan yang positif tetapi kami tetap perlu berwaspada sama ada dia boleh bermain atau sebaliknya,” katanya.

Messi mengalami patah tangan ketika Barcelona melakar kemenangan ke atas Sevilla pada 20 Oktober lalu dengan kelab berkenaan meramalkan dia perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!