Kedah

KFA rombak pasukan, Penyokong risau nasib Badd dan Keon

Image result for BADDROL KEON

ALOR SETAR: Nasib dua pemain senior Kedah Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari terus menjadi tanda tanya samada mereka akan terus kekal atau tiada dalam perancangan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) musim 2019.



Persoalan itu tercetus apabila tersebar di media sosial memaklumkan selepas pengguguran lima pemain import pasukan Kedah, dua lagi tonggak penting iaitu Badd dan Keon turut akan digugurkan sekali gus mencetuskan kerisauan di kalangan penyokong Kedah yang mahukan penjelasan sebenar daripada pengurusan KFA sendiri.

Menurut wakil jurucakap Kelab-Kelab Penyokong Kedah yang juga Presiden Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) Safarizal Mohd Sobri, status dua pemain senior Kedah itu ditimbulkan oleh sesetengah pihak bagi tujuan mendapat perhatian di media sosial sementara keputusan belum diputuskan secara rasmi oleh KFA.

“Kami mahu semua pihak terutama penyokong bertenang dan menunggu pengumuman yang akan dilakukan KFA sendiri.




“Setiausaha Kehormat KFA juga telah memaklumkan berkaitan tarikh mesyuarat exco pada 7 November ini (Rabu) dan Aidil Sharin selaku bakal jurulatih musim 2019 dan pembantunya Victor Andrag akan membentangkan semua persiapan pasukan Liga Super Kedah bagi musim 2019.”

“Jadi kepada semua penyokong, saya harap tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan itu dan biarlah KFA membuat pengumuman yang sah selepas berunding dengan panel kejurulatihan yang baharu,” kata Safarizal.

Sehingga kini semua status pemain tempatan untuk musim 2019 belum lagi dimaklumkan dan persoalan ini menjadi penantian seluruh penyokong Kedah sebelum pihak KFA memutuskan keputusan akhir.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!