La Liga

Lima fakta mengenai jurulatih baharu Real Madrid

SANTIAGO SOLARI

MADRID, Sepanyol 30 Okt. – Santiago Solari dilantik sebagai pengendali sementara Real Madrid selepas kelab gergasi Sepanyol itu mengumumkan pemecatan Julen Lopetegui awal pagi tadi.



Solari yang merupakan jurulatih skuad Real Madrid B, Castilla akan memulakan tugas pertamanya berdepan Melilla pada aksi Copa del Rey Rabu ini. Ini merupakan lima fakta mengenai bekas pemain Real dan Inter Milan tersebut.

Ahli skuad ‘Galaticos’

Solari beraksi lima musim bersama Real pada 2000 hingga 2005 termasuk empat tahun bersama Zinadine Zidane yang dibawa masuk ketika era ‘Galaticos’ pada 2001.

Solari menjadi watak penting kepada gol sepakan voli cantik Zidane ketika menentang Bayer Leverkusen pada perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah pada 2002.

Secara keseluruhannya, Solari beraksi 167 perlawanan dan menyumbang 16 gol untuk Los Blancos.




SANTIAGO Solari (kiri) meraikan jaringan Zinedine Zidane pada aksi final Liga Juara Juara Eropah pad

Beraksi untuk dua pasukan Madrid

Dilahirkan di Rosario, Argentina, Solari mula mencipta nama bersama River Plate dan menenangi Copa Libertadores pada 1996. Tiga tahun kemudian, beliau merentas lautan Atlantik menyertai Atletico Madrid.

Namun nasib tidak menyebelahinya apabila Atletico mengalami penurunan divisyen tetapi Solari bernasib baik selepas Real mengaktifkan klausa perpindahan sekali gus menyaksikannya menyertai pasukan seteru Madrid itu pada 2000.

SANTIAGO Solari memulakan karier bola sepaknya bersama kelab Argentina, River Plate.

Lahir dalam keluarga bola sepak

Solari mempunyai ahli keluarga berlatar belakang bola sepak. Bapanya, Eduardo; dua abangnya, David dan Esteban; sepupunya, Augusto turut sama beraksi sebagai pemain bola sepak.

Bapa saudaranya, Jorge pernah beraksi di Mexico dengan nama samaran ‘El Indio’, beliau turut memberikan Solari nama samaran sendiri ‘El Indiesito’ yang bermaksud anak kecil India.

DUNIA bola sepak sebati dalam kehidupan Santiago Solari apabila kebanyakan ahli keluarganya terlibat

Pemain paling seksi

Pada 2002, Solari menerima trofi, pemain tahunan paling seksi yang diberikan oleh saluran bola sepak Sepanyol, Chanel +.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi tetapi saya pasti ini cukup lengkap. Kita lihat jika saya ditawarkan peluang kerjaya dalam industri filem apabila karier bola sepak saya berakhir nanti,” katanya.

Karier kejurulatihan di Real

Solari memilih untuk kekal dalam bola sepak sebaik kariernya berakhir. Dia mengendalikan pasukan remaja Real sebelum dinaikkan pangkat ke Castilla pada 2016.

Di bawah kendalian Solari selama dua musim, skuad yang beraksi di liga ketiga, Segunda B itu menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dan lapan. – AGENSI



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!