Bayern Munich

Bayern hampir dimalukan pasukan divisyen empat

BERLIN: Bayern Munich bergelut ketka berdepan pasukan divisyen empat, Roedinghausen sebelum meraih kemenangan tipis, 2-1 dalam aksi pusingan kedua Piala Jerman, pagi tadi.



Bukan saja beraksi hambar, malah kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila Thiago Alcantra turut diusung keluar padang ketika permainan berbaki 15 minit.

“Kami meneruskan kemaraan, tetapi semua orang perlu memikirkan semula mengenai prestasi mereka di sini,” kata penjaring gol kemenangan Bayerrn, Thomas Muller.

“Kami beraksi baik untuk 20 minit pertama, tetapi kemudiannya banyak melakukan kesilapan dan mula gementar.”

Bayern hanya memerlukan masa 13 minit untuk selesa mendahului 2-0 dalam pertembungan di Osnabrueck, hasil jaringan Sandro Wagner dan penalti yang disempurnakan Muller.




Namun, selepas itu Bayern banyak mensia-siakan peluang dan paling merugikan apabila Renato Sanches gagal menyudahkan penalti pada minit ke-23, apabila percubaannya terkena palang.

Walaupun ketinggalan dua gol di babak pertama, Roedinghausen bangkit di babak kedua dan seakan-akan mampu melakar kejutan selepas percubaan Linus Meyer pada minit ke-50 menghadiahkan gol, sekali gus mencetuskan kebimbangan buat kem Bayern.

Sementara itu, satu lagi pasukan divisyen empat, Ulm yang mengejutkan Eintracht Frankfurt di pusingan pertama tersingkir apabila dibelasah oleh Fortuna Duesseldorf 5-1. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!