Friendly

Korea Selatan kecewakan Uruguay

Image result for korea uruguay

SEOUL: Paulo Bento meraih kemenangan kedua dalam tiga perlawanan sejak mengambil alih tugas mengendalikan Korea Selatan selepas jurulatih kelahiran Portugal itu menyaksikan anak buahnya menewaskan Uruguay 2-1 pada aksi persahabatan malam tadi.



Jung Woo Young menghasilkan gol kemenangan 11 minit sebelum tamat menerusi satu tolakan mudah selepas Matias Vecino memadam gol pendahuluan Hwang Ui Jo.

Ui Jo meletakkan Korea Selatan di depan pada minit ke-66 menerusi percubaan dalam kotak penalti selepas penjaga gol Fernando Muslera menyelamatkan sepakan penalti Son Heung Min.

Uruguay menyamakan kedudukan enam minit kemudian apabila Lucas Torreira mengambil kesempatan atas kesilapan pemain pertahanan tuan rumah untuk membuka ruang buat Vecino melepaskan rembatan dari jarak 8 meter.




Namun Korea Selatan tetap berjaya meraikan kemenangan hasil percubaan kedua Woo Young yang menyepak masuk selepas penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani gagal mengeluarkan bola tandukan awalnya.

Ia kemenangan kedua buat Bento sejak dilantik sebagai jurulatih Korea Selatan bulan lalu dengan kejayaan pertama pengendali Portugal itu hadir ketika mengalahkan Costa Rica 2-0 sebelum seri 0-0 dengan Chile. – Reuters



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!