Usain Bolt

Usain Bolt pecut sumbat dua gol

Image result for Usain Bolt

SYDNEY: Pelari pecut legenda Usain Bolt meledak gol pertamanya dalam perlawanan bola sepak profesional hari ini selepas bermula sebagai penyerang pada perlawanan pramusim buat kelab Australia, Central Coast Mariners.

Pemegang rekod dunia 100 meter itu, yang mengintai peluang mengikat kontrak profesional, bangkit daripada terjahan di pangkal pahanya untuk menyumbat dua gol menentang Macarthur South West United di Sydney.

Bolt, 32, menyudahkan satu gerakan dengan tendangan kaki kirinya selepas tidak dikawal ketat pada minit ke-55, meraikannya dengan gaya ‘Lightning Bolt’.



Pemain Jamaica itu kemudian menghukum kealpaan benteng pertahanan lawan untuk menjaringkan gol keduanya pada minit ke-69 sebelum dikeluarkan enam minit kemudian ketika pasukannya mendahului 4-0.

Ia kali pertama Bolt diturunkan dalam kesebelasan utama sejak menyertai kelab Liga-A itu Ogos lalu bagi ujian pemilihan.

“Saya amat gembira mendapat peluang dan bangga dengan diri sendiri,” kata Bolt kepada penyiar hos Fox Sports selepas perlawanan.




“Ia satu pencapaian yang besar… bermula kali pertama dalam kesebelasan utama dan menjaringkan dua gol. Ia perasaan yang menyeronokkan. Inilah yang saya mahukan. Saya cuba untuk meningkatkan persembahan dan berusaha menjadikannya kenyataan.”

Bolt berkata, dia masih perlu banyak belajar dan berminat meraih kontrak profesional bersama Mariners.

“Saya terlalu berminat, itulah sebabnya saya berada di sini memberikan yang terbaik dan cuba sedaya upaya berada dalam pasukan,” katanya. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!