Perancis

Mbappe selamatkan maruah Perancis

PENYERANG Perancis Kylian Mbappe menggelecek penjaga gol Iceland,

GUINGAMP, Perancis 12 Okt. – Kylian Mbappe menyelamatkan maruah juara dunia Perancis apabila membuat gerakan gol termasuk menyamakan kedudukan pada ketika saingan hanya berbaki lima minit untuk keputusan mengikat Iceland 2-2 dalam aksi persahabatan hari ini.



Iceland berada 2-0 di depan dan hanya memerlukan lagi lima minit untuk meraikan kemenangan di Stadium Roudourou, Brittany, manakala Perancis di ambang kekalahan pertama sejak memenangi Piala Dunia Julai lalu.

Bagaimanapun Mbappe, yang dibawa masuk pada separuh masa babak kedua muncul wira pasukan Les Blues.

“Kami bertindak balas dengan baik selepas bermula dengan teruk ketika menentang pasukan yang tersusun rapi. Bagus untuk Kylian, dia memberikan kelajuan kepada kami,” kata jurulatih Perancis Didier Deschamps.




Deschamps merehatkan beberapa pemain penting bagi mengekalkan kecergasan mereka menjelang aksi Liga Negara-Negara minggu depan di Stade de France.

Ketiadaan Blaise Matuidi dan N’Golo Kante, Perancis dilihat longgar di bahagian tengah, manakala Olivier Giroud diletakkan sebagai penyerang tunggal.- AGENSI



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!