UEFA

Pasukan Liga Negara UEFA terima lebih imbuhan

LONDON: Setiap 55 negara Eropah yang bersaing dalam Liga Negara akan menerima lebih banyak wang kata UEFA.

Negara yang menjuarai kejohanan itu akan mengumpul 10.5 juta euro (RM50.36 juta), peningkatan daripada jumlah asal 7.5 juta euro (RM35.97 juta).



Bayaran ‘perpaduan’ untuk setiap negara juga bertambah 50 peratus dengan hadiah kemenangan buat empat juara liga akan ditambah.

Peningkatan pembayaran ini berlaku disebabkan ‘situasi kukuh kewangan UEFA’ dan ‘pendapatan dari Euro 2016.’

Ia bermakna England, yang berada di liga teratas, akan menerima minimum 2.25 juta euro (RM10.79 juta) manakala pasukan di liga kedua seperti Ireland Utara, Wales dan Ireland akan menerima sekurang-kurangnya 1.5 juta euro (RM7.19 juta) manakala Scotland di liga ketiga akan menerima tidak kurang 1.125 juta euro (RM5.40 juta).

Kejohanan ini dipisahkan kepada empat liga, berdasarkan ranking setiap negara dengan 12 pasukan dalam Liga A dan B, 15 dalam Liga C dan 16 dalam Liga D dengan fasa pertama perlawanan berlangsung ketika rehat perlawanan antarabangsa pada September, Oktober dan November.




Satu pemenang daripada setiap liga akan mendapat tempat ke Euro 2020 manakala empat teratas Liga A akan bergelar juara keseluruhan pada Jun.

England tewas 2-1 kepada Sepanyol di Wembley pada perlawanan pembukaan dan akan menentang Croatia esok.

Ireland Utara tewas 2-1 di tangan Bosnia-Herzegovina dengan Wales menang 4-1 berdepan Ireland tetapi tewas 2-0 kepada Denmark manakala Scotland menang perlawanan pertama mereka 2-0 berdepan Albania. – Agensi




0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!