Itali

Itali sekadar seri bertemu Ukraine di Genoa

Image result for italy ukraine 1-1

GENOA, Itali: Ruslan Malinovskiy menyamakan kedudukan selepas jaringan awal Federico Bernardeschi pada babak kedua ketika Itali diikat 1-1 oleh Ukraine dalam perlawanan persahabatan di Genoa awal pagi tadi ketika mereka mengingati mangsa jambatan runtuh di bandaraya berkenaan.



Sepakan leret Bernardeschi menewaskan penjaga gol Ukraine, Andriy Pyatov selepas 55 minit namun tujuh minit kemudian Malinovskiy meledak voli buat pelawat.

Jurulatih Itali, Roberto Mancini menghabiskan kebanyakan masanya bermain di Genoa dan Sampdoria dengan perlawanan dekat Stadio Luigi Ferraris dianjurkan untuk memungut derma bagi disumbangkan kepada mangsa yang terbabit dalam kejadian jambatan Morandi pada 14 Ogos.

Mancini, 53, adalah pemain paling banyak kaps dalam sejarah Sampdoria selain penjaring terbanyak Genoa yang memenangi Serie A, empat Piala Itali dan Piala Juara-Juara Kelab buat pasukan berkenaan.




Image result for italy ukraine 1-1

Permainan dihentikan pada minit ke-43 untuk mengingati 43 mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada Ogos itu dengan perkataan “Genova nel cuore” (Genoa dalam hati) dipaparkan di skrin besar stadium dengan pemain dan penyokong diam seminit untuk menghormati mangsa.

Dengan kehadiran 12,000 penyokong, sekitar 105,000 euro (RM502,000) berjaya dikutip untuk tabung bencana itu.

Bagi Mancini ia adalah “saat penuh emosi” selepas menetap lama di Genoa dan sering kali menggunakan jambatan berkenaan.

“Ia saat yang menyentuh hati dan paling penting buat mangsa dalam kejadian mengerikan ini. Menjadi jurulatih Itali dalam stadium lama saya ini menjadi motivasi buat saya.”

Mancini mengambilalih tugas bersama juara dunia empat kali itu selepas gagal layak ke Piala Dunia di Russia, namun hanya menang sekali dalam enam perlawanan sejak Mei ketika berdepan Arab Saudi.

“Kami kecewa gagal menggembirakan penyokong hingga penamat walaupun kami berjaya melakukan yang terbaik,” katanya. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!