Champions League

Liga Juara-Juara kembali

PARIS: Real Madrid memulakan pemburuan gelaran keempat berturut-turut apabila aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bermula pertengahan minggu depan.

Kali ini, ia menjadi misi gemilang buat Real dalam era Eropah dengan sasaran muncul kelab pertama meraih kejuaraan kali keempat berturut-turut sejak mereka menjulang trofi itu pada awal lima musim terdahulu antara 1956 hingga 1960.



Pemain yang menjadi penanda aras bagi era itu sudah tiada di kelab dengan Zinedine Zidane meletak jawatan manakala Cristiano Ronaldo berpindah ke Juventus namun Madrid masih kekal sebagai pasukan digeruni.

“Selepas tiga musim berturut-turut, kenapa tidak mencari yang keempat? Anda sentiasa mempunyai impian, keinginan untuk mencapai sesuatu dan percaya dengan pasukan,” kata kapten Sergio Ramos selepas majlis undian peringkat kumpulan di Monaco, bulan lalu.

Di Liverpool, Ramos dilihat sebagai pesalah yang menjadi punca kepada kecederaan Mohamed Salah pada aksi final musim lalu. Salah kembali beraksi minggu ini berdepan tonggak Paris Saint-Germain, Neymar dan Kylian Mbappe.

Sementara itu, penguasaan kelab elit mungkin menyaksikan beberapa kelab utama sukar untuk disingkirkan pada peringkat kumpulan dan kunjungan PSG ke Liverpool hanyalah sebagai gambaran awal mengenai drama yang dijangka pada pusingan kalah mati.




No automatic alt text available.

Ganjaran baharu menjanjikan penguasaan kelab gergasi Eropah, dengan jumlah wang yang diagihkan kepada 32 pasukan meningkat daripada 1.3 bilion euro (RM6.26 bilion) kepada 2 bilion euro (RM9.63 bilion) musim ini.

Juara boleh menjangkakan hadiah wang kemenangan sekitar 70 juta euro (RM337 juta) termasuk nilai besar yang diperoleh daripada televisyen.

Malah, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kini memperkenalkan hadiah tambahan berdasarkan ranking konsisten pasukan – status Real Madrid di puncak carta menjamin tambahan 35 juta euro (RM168.5 juta) buat mereka.

Pasukan kaya akan terus kaya manakala kelab lain terpaksa berjuang dengan lebihannya dan itulah situasi yang perlu diatasi oleh Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

Ceferin sebelum ini pernah menyatakan untuk memperkenalkan keseimbangan persaingan yang lebih baik.

“Jurang antara yang besar dan yang kecil semakin membesar. Kami mungkin naif untuk memikirkan kami akan menghentikannya secara terus, tapi mari kita cuba secara perlahan-lahan,” kata Ceferin. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!