Bayern Munich

Bayern Munich terus kekal dahului Bundesliga

BERLIN: Gol sumbangan Arjen Robben dan James Rodriguez membantu Bayern Munich mengekalkan kedudukan di puncak liga dengan menewaskan Bayer Leverkusen 3-1 awal pagi tadi, sekali gus meletakkan lawan mereka di ambang musim yang penuh krisis.



Dengan tiga kekalahan dalam tiga perlawanan, Leverkusen kini mengalami permulaan musim paling teruk dalam kempen Bundesliga Jerman.

Leverkusen seperti mampu keluar daripada kemelut itu apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit kedua selepas bola terkena tangan Thiago Alcantara.

Penjaga gol Manuel Neuer bagaimanapun menafikan tendangan penalti Kevin Volland. Namun sepakan itu diarah dilakukan semula selepas didapati diganggu pemain lain sebelum Wendell menyempurnakan peluang itu.

Apa pun, kegembiraan Leverkusen tidak bertahan lama apabila Corentin Tolisso menyamakan kedudukan empat minit kemudian dan Robben meletakkan Bayern di depan pada minit ke-20.




“Hari ini, ia tidak mudah, tapi mujur kami bangkit dengan pantas,” kata Robben. “Saya tidak mahu mengkritik rakan sepasukan tapi setiap pemain perlu kuat apabila ditekan.”

Nasib Leverkusen tampak semakin pudar apabila Karim Bellarabi diarah keluar padang kerana melakukan terjahan keras ke atas Rafinha pada baki 10 minit terakhir permainan sebelum Rodriguez meledak gol ketiga Bayern pada minit ke-89. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!