Akhyar Abd Rashid

Piala Malaysia: Akhyar tak rela Kedah tersingkir

Image result for Akhyar Rashid

ALOR SETAR: Pemain muda Kedah, Akhyar Rashid berwaspada dengan ancaman Kelantan yang boleh menafikan hajat mereka layak ke suku akhir Piala Malaysia apabila kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.

Akhyar meledak satu gol ketika membantu Lang Merah menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dua minggu lalu sekali gus menyemarakkan semangatnya bagi aksi terakhir Kumpulan C di gelanggang lawan.



“Fokus saya hanya satu, mahukan kemenangan bagi membolehkan pasukan layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini bagi memenuhi harapan penyokong Kedah.

“Pengalaman menjaringkan gol semasa mewakili skuad negara pada Sukan Asia baru-baru ini juga melonjak motivasi saya untuk lebih gigih dalam usaha membantu Kedah dalam saingan kali ini.”




Akhyar mengakui Kedah yang kini menghuni tangga kedua kumpulan dengan lapan mata kini berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke suku akhir selepas dua kemenangan ke atas MIFA dan juara bertahan JDT.

Kedah memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk layak tidak kira apa jua keputusan antara MIFA dengan JDT di Stadium Shah Alam, malam esok. Bagaimanapun mereka mungkin tersingkir jika kalah 0-1 kepada Kelantan.

Akhyar mengakui Kelantan kendalian Yusri Che Lah yang diwakili ramai pemain muda mempunyai corak permainan yang mampu menjerat pasukan lawan.

“Saya mengenali ramai pemain muda dalam pasukan Kelantan yang mempunyai kualiti permainan baik dan mereka berjaya membuktikan semangat juang tinggi dalam setiap perlawanan.”



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!