EPL

Masa depan Pogba makin kabur di Man United

Image result for pogba mourinho

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendakwa beliau ‘berada dalam kegelapan’ mengenai ejen Paul Pogba yang begitu lantang terhadap keinginan pemenang Piala Dunia dari Perancis itu.

Pengurus United itu diasak sekali lagi membincangkan mengenai hubungannya dengan pemegang rekod pembelian kelab itu selepas seminggu Pogba meningkatkan ketidakpastian berhubung masa depannya ketika tugasan antarabangsa.



Pogba sering kali diketepikan Mourinho musim lalu dan biarpun kerap diturunkan pada kempen kali ini, hubungannya dengan pengurus United itu dilihat masih tegang.

Ejennya Mino Raiola juga sering mencetus spekulasi Pogba mungkin mengalu-alukan perpindahan ke Barcelona.

Namun Mourinho menegaskan Pogba tidak pernah memberikan sebarang isyarat yang dia tidak gembira di Old Trafford dan sekiranya dia atau ejennya mahukan perpindahan, mereka harus memberitahunya secara langsung.

“Saya tidak tahu jika ia benar,” kata Mourinho ketika diajukan soalan sekiranya Raiola cuba merancang perpindahan buat pemain itu.




“Saya juga mahu ejen itu memberitahu saya atau memaklumkan kepada anda secara jelas. Sekiranya saya melihat Raiola di kaca televisyen yang menyatakan pemain itu mahu berpindah dan beliau dalam percubaan untuk mengatur perpindahan, maka saya akan percaya.

“Ketika ini, saya masih buntu. Satu-satunya perkara yang jelas bagi saya pemain itu tidak pernah memberitahu saya dia mahu berpindah.”

Hubungan antara pengurus dan pemain tengah berprofil tinggi itu salah satu ujian yang dihadapi Mourinho musim ini dan isu itu mula tercetus sebelum Pogba menjaringkan gol pada final Piala Dunia, Julai lalu.

Ketika siri jelajah musim panas United ke Amerika Syarikat, Mourinho memberi isyarat betapa Pogba perlu menunjukkan disiplin sama seperti ketika bersama pasukan kebangsaan di kelab.

“Satu perkara yang saya boleh pastikan kepada anda: Saya akan sentiasa memberikan 100 peratus, tidak kira jurulatih mana saya sentiasa memberikan segala-galanya buat United,” kata Pogba minggu lalu.

“Masa depan saya ketika ini adalah di Manchester, saya masih mempunyai kontrak, saya bermain di sana ketika ini tapi siapa tahu apa akan berlaku beberapa bulan akan datang.”



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!