MLS

MLS: Gol Wan Kuzain terbaik bulan Ogos

JARINGAN menarik Wan Kuzain (kiri) dipilih sebagai Gol Terbaik

JARINGAN menarik pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal bersama kelabnya, Swope Park Rangers (SPR) bulan lalu sehingga terpilih sebagai Gol Terbaik Ogos United Soccer League (USL) nyata memberikan kejutan buat pemain tengah itu menjelang hari ulang tahun kelahirannya yang ke-20 esok.

Anugerah tersebut diberikan oleh USL selepas sepakan percuma Wan Kuzain yang me­nyaksikan pasukannya melakukan kebangkitan untuk mencipta kemenangan 2-1 ketika berdepan Tulsa Roughnecks FC di Children’s Mercy Park pada 29 Ogos lalu.



Menerusi laman rasmi Sporting Kansas City (SKC) yang merupakan pasukan utama SPR menyatakan Wan Kuzain telah mendapat undian tertinggi dalam kalangan 10 pencabar lain bagi anugerah tersebut pada Ogos.

“Wan Kuzain merupakan pemain kedua yang menerima anugerah tersebut untuk pasukan daripada USL dan ia merupakan penghormatan yang amat besar.

“Sebelum ini, Akademi SKC juga pernah menerimanya menerusi Nansel Selbol apabila pemain tersebut turut menerima anugerah berkenaan selama tiga bulan berturut-turut dari Jun hingga Ogos tahun lalu,” katanya menerusi laman rasmi tersebut.




Kejayaan itu menjadikan Wan Kuzain sebagai pemain kedua SPR yang berjaya merangkul anugerah bulanan daripada USL untuk pasukan.

Pada masa sama, Wan Kuzain telah menjaringkan dua gol dalam 16 penampilan bersama SPR musim ini, sementara masing-masing satu umpanan dan gol dalam lapan penampilan bersama SKC, sekali gus menjadi pemain pertama berdarah Malaysia meledak gol dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Wan Kuzain juga telah di­pilih untuk mewakili SKC dalam sai­ngan MLS Julai lalu dan me­nyaksikan dia diturunkan selama 45 minit ketika berdepan skuad bawah 20 tahun (B-20) dari Mexico iaitu Tigres UANL.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!