EPL

Manchester City raih pendapatan RM2.72 bilion

LONDON: Juara Inggeris Manchester City merekodkan pendapatan £500.5 juta pound (RM2.72 bilion) pada kempen 2017/18 ketika skuad kendalian Pep Guardiola menakluk Liga Perdana Inggeris dengan rekod 100 mata.

City dilaporkan meraih keuntungan £10.4 juta pound (RM56.59 juta), keuntungan buat tahun keempat berturut-turut dengan bayaran gaji kepada nisbah pendapatan jatuh kepada 52 peratus.



“Perjalanan kami masih belum lengkap dan kami mempunyai banyak lagi sasaran untuk dipenuhi,” kat Pengerusi, Khaldoon Al Mubarak yang meraikan sedekad pengambilan City.

“Tiada sebarang keraguan yang kami sedang menuju ke hadapan untuk menghadapi cabaran musim baharu dan seterusnya dengan komitmen dan keinginan yang sama sejak 10 musim sebelum saya tiba.”




Sebelum diambil alih oleh jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour, pendapatan City pada musim 2007/08 adalah £87 juta pound (RM473.38 juta).

Sebelum ini, kerugian besar dicatatkan berjumlah £584 juta pound (RM317 bilion) sepanjang tempoh enam tahun pengambilalihan berikutan pelaburan besar terhadap pembelian pemain dan kemudahan termasuk pusat latihan Etihad Campus bernilai £200 juta pound (RM1.08 bilion).

Begitupun, susulan peningkatan pendapatan televisyen yang mendadak, penajaan komersial dan menjadi pasukan tetap di kancah Liga Juara-Juara, City kini sedang mengejar beberapa kelab gergasi dunia seperti Manchester United, Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich dari sudut keuntungan, menurut pakar kewangan bola sepak, Deloitte. – REUTERS



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!