AFF Cup

Skuad B-16 negara tempat ketiga Piala AFF B16

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara meraih tempat ketiga Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) selepas menewaskan Myanmar 1-0 di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, sebentar tadi.

Kemenangan itu sedikit sebanyak menjadi pengubat duka apabila gagal ke final selepas tewas 1-0 kepada tuan rumah, Indonesia pada separuh akhir di gelanggang sama, kelmarin.



Jaringan kemenangan skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib itu hadir pada minit ke-79 menerusi Alif Daniel Abdul Aziz.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad B-16 negara memperbaiki pencapaian tahun lalu selepas hanya menduduki tempat keempat.

Untuk rekod, Malaysia hanya sekali muncul juara kejohanan itu pada 2013 selepas menumpaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!