Liga Malaysia

MUSA minta tempoh sebulan selesai tunggakan gaji

AYER KEROH: Isu tunggakan gaji pemain dan jurulatih Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden MUSA, Adly Zahari, berkata badan induk itu akan memastikan kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan.



Beliau berkata, selepas peralihan kerajaan terdapat masalah berhubung tajaan termasuk daripada agensi dan syarikat swasta dengan perbincangan sedang dilakukan.

“Saya yakin dalam tempoh sebulan tunggakan itu bakal diselesaikan. Buat masa ini, perbincangan pihak pengurusan dengan pemain dan jurulatih sudah diadakan dan mereka sedia maklum mengenainya.

“Kita harap dalam tempoh berkenaan, sumbangan penaja bakal diterima dan kita juga yakin isu ini tidak mengganggu prestasi pemain,” kata pada sidang media selepas merasmikan Kongres Ke-63 MUSA di sini, sebentar tadi.




Semalam, NSTP melaporkan MUSA mengakui berdepan masalah kewangan hingga berlaku kelewatan dalam membayar gaji pemain yang tertunggak dua bulan iaitu pada Jun dan bulan lalu.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan pihaknya dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan gaji berkenaan secepat mungkin.

Perbincangan juga sudah dilakukan bersama pasukan termasuk barisan jurulatih dan pemain dalam memastikan isu berkenaan tidak mengganggu persembahan skuad Hang Tuah.

“Sebenarnya perkara ini sudah dua, tiga bulan berlaku dan nampaknya ia tidak beri kesan kepada persembahan pasukan kerana pemain juga memahami masalah yang dihadapi persatuan.

“Jadi, saya harap pemain meneruskan persembahan cemerlang. Bagi pihak pengurusan, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini,” katanya. – BH

Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!