Malaysia B23

Kim Swee sudah boleh lupakan Davies dan Azam

SHAH ALAM: Jurulatih Datuk Ong Kim Swee sudah boleh melupakan sepenuhnya harapan untuk dua pemain Pahang Matthew Davies dan Nor Azam Azih menyertai skuad bawah 23 tahun negara bagi kempen Piala Asia Jakarta-Palembang Rabu ini.



Skuad muda negara itu akan berlepas ke Jakarta esok dan sehingga ke hari ini belum ada tanda positif untuk dua pemain itu mendapat pelepasan saat akhir Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Malah jurulatih Pahang Dollah Salleh tidak mahu memberi sebarang kenyataan ketika ditanya mengenai kedudukan Davies dan Azam selepas tamat aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam tadi.

“Itu saya tak tahu, malam ini hanya cerita mengenai perlawanan malam ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini Kim Swee memanggil empat pemain Pahang dalam senarai 30 pemain bagi persiapan ke Sukan Asia namun PBNP hanya melepaskan Faisal Halim dan R Kogileswaran manakala Davies dan Azam kekal bersama mereka bagi kempen Piala Malaysia.




Jelas Pahang amat memerlukan khidmat Davies dan Azam bagi mengharungi saingan Piala Malaysia meskipun mereka kini sudah mengumpul empat mata untuk menerajui Kumpulan D selepas dua perlawanan.

Davies, kapten Pahang yang beraksi di posisi pertahanan kanan manakala Azam sebagai perancang tengah antara watak penting dalam merencana kemenangan pasukan ke atas Selangor 2-0 di Shah Alam.

Ia kemenangan pertama skuad Tok Gajah yang kehilangan rentak sejak menjulang Piala FA pada 7 Julai lalu dan Dollah cukup lega dengan prestasi pemainnya kali ini.

“Saya cukup lega ketika duduk di tepi padang, Pahang sudah tunjukkan kemampuan sebenar mutu permainan Pahang. Selepas final Piala FA, Pahang bergelut dalam beberapa perlawanan.

“Saya berharap pemain dapat kekalkan prestasi ini dan tak boleh berpuas hati,” katanya. – BH



Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!